STRUKTUR BAHARU AJK TERTINGGI KAPELLA 2022-2023

Artikel oleh Priscilla Prapagara
Pengerusi KAPELLA 2022/2023

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Berkuatkuasa 1 Januari 2022, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah bersetuju melantik ahli jawatankuasa baharu menggantikan ahli jawatankuasa penggal 2020/2021. Ahli kelab sebulat suara telah melantik Cik Priscilla Prapagara bagi menerajui KAPELLA penggal 2022/2023 selaku Pengerusi kelab, Encik Muhammad ‘Isyq ‘Irfan Fani bin Rajab sebagai Timbalan Pengerusi. Puan Balqis binti Hashim telah dilantik sebagai Setiausaha kelab manakala Puan Nurliza binti Abd Rahman sebagai Bendahari dan Cik Azirah binti Ahsan sebagai Timbalan Bendahari. Semoga KAPELLA di bawah kepimpinan teraju baru dapat terus merancang arah tujuan kelab ke arah yang lebih baik. Jawatan penaung adalah jawatan yang dikhaskan kepada pentadbir semasa di mana telah disandang oleh Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah yang kini merupakan Pengarah Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex).
Related Articles
KURSUS KEPIMPINAN ALP105 : ADVANCED PRESENTATION SKILL : 25 MEI 2021
Urusetia KursusUrusetia, WebmasterPada 25 Mei 2021 pukul 2.30 petang, UTMLead telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bertajuk Advanced Presentation Skill (ALP105) secara dalam talian. Kursus ini merupakan kursus lanjutan kepada kursus ALP104 yang telah diadakan pada...

