SUMBANGAN KEPADA AHLI KAPELLA SEMPENA MENYAMBUT AIDILFITRI

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal

Setiausaha

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Disunting oleh Puan Balqis binti Hashim

Pengerusi

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA), UTM CDex telah mengadakan penyampaian sumbangan kepada ahli KAPELLA sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mac 2026 bertempat di Ruang Tamu UTM CDex.

Sumbangan berupa minuman kordial Sunquick ini merupakan tanda penghargaan dan apresiasi Kelab KAPELLA kepada seluruh ahli atas komitmen, sokongan serta penglibatan aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti kelab. Penghargaan turut diberikan atas sokongan ahli dalam memenuhi tanggungjawab keahlian melalui pembayaran yuran tahunan.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan suasana menjelang sambutan Aidilfitri, malah diharapkan dapat menjadi buah tangan untuk dinikmati bersama keluarga dalam meraikan hari kemenangan yang penuh bermakna.

Kelab KAPELLA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. Semoga semangat kebersamaan, keakraban dan ukhuwah dalam kalangan warga UTM CDex terus terpelihara dan diperkukuh dari semasa ke semasa.

Related Articles

Related
Terima Kasih Encik Arshad Musa

Terima Kasih Encik Arshad Musa

Jawatankuasa Program Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka) Juru Audit KAPELLAWebmaster UTM CDex Pengerusi KAPELLAPada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa,...

read more
UTM Open Day