
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah melaksanakan kaedah Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi bagi permohonan kursus/latihan kepada staf Akademik dan Pengurusan Profesional & Pelaksana (PPP). Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi ini adalah merujuk kepada keperluan latihan dan pembangunan staf mengikut penetapan kompetensi dan tahap kompetensi diperlukan. Latihan dan pembangunan staf diberikan bagi menutup jurang kompetensi dan meningkatkan tahap kompetensi staf melalui latihan secara formal atau informal.
Sehubungan dengan itu, bagi memberi pendedahan lanjut berkaitan Pelaksanaan Mata CPD Baharu UTM, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Taklimat Mata CPD Baharu UTM khas untuk staf UTM CDex pada 11 Mei 2023 secara atas talian. Puan Shiraz Yasmin bin Muhidin dari Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan, Jabatan Pendaftar telah dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan.
Tujuan Pelaksanaan CPD
- Mematuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang menetapkan setiap staf perlu menghadiri kursus minimum tujuh (7) hari setahun (bersamaan dengan 42 mata CPD setahun)
- Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf Akademik dan PPP. CPD menyumbang 5% dari keseluruhan markah LPPT dan LNPT mulai 2023.

Melalui perkongsian taklimat CPD ini, diharap staf dapat merancang program/latihan mengikut komponen yang telah ditetapkan oleh Universiti supaya dapat mencapai mata CPD yang telah ditetapkan.

Related Articles
PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexTahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci...
JOHAN ZON EKSA TERBAIK 2023 SEMPENA MAJLIS APRESIASI STAF JTNCAA 2024
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2023 sempena Majlis Apresiasi JTNCAA yang berlangsung pada 17 Oktober 2024...
AUDIT DAN PERTANDINGAN ZON TERBAIK
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah mengadakan Pertandingan Zon Terbaik EKSA 2024 peringkat UTM CDex pada 15 Disember 2024. Seramai tiga orang juruaudit luar telah...