Taklimat Mata CPD Baharu UTM Untuk Staf UTM CDex

Artikel oleh Jaslina Ja'apar

Urusetia

Disunting oleh Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster UTM CDex

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah melaksanakan kaedah Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi bagi permohonan kursus/latihan kepada staf Akademik dan Pengurusan Profesional & Pelaksana (PPP). Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi ini adalah merujuk kepada keperluan latihan dan pembangunan staf mengikut penetapan kompetensi dan tahap kompetensi diperlukan. Latihan dan pembangunan staf diberikan bagi menutup jurang kompetensi dan meningkatkan tahap kompetensi staf melalui latihan secara formal atau informal.

Sehubungan dengan itu, bagi memberi pendedahan lanjut berkaitan Pelaksanaan Mata CPD Baharu UTM, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Taklimat Mata CPD Baharu UTM khas untuk staf UTM CDex pada 11 Mei 2023 secara atas talian.  Puan Shiraz Yasmin bin Muhidin dari Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan, Jabatan Pendaftar telah dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan.

Tujuan Pelaksanaan CPD

  • Mematuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang menetapkan setiap staf perlu menghadiri kursus minimum tujuh (7) hari setahun (bersamaan dengan 42 mata CPD setahun)
  • Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf Akademik dan PPP. CPD menyumbang 5% dari keseluruhan markah LPPT dan LNPT mulai 2023.

Melalui perkongsian taklimat CPD ini, diharap staf dapat merancang program/latihan mengikut komponen yang telah ditetapkan oleh Universiti supaya dapat mencapai mata CPD yang telah ditetapkan.

Related Articles

Related
Office Warming UTM CDex

Office Warming UTM CDex

Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...

read more
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more