Pada 24 November 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM CDEX bagi menghargai sumbangan dan dedikasi Encik Arshad Musa, seorang Pembantu Am Pejabat yang telah berkhidmat dengan cemerlang di UTM CDex. Majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan sekerja dan pihak pengurusan UTM CDEX itu turut diserikan dengan majlis makan dan penyerahan hadiah daripada KAPPELA serta rakan-rakan pejabat.
Encik Arshad yang telah menyumbang banyak tenaga dan usaha dalam tugasan harian di UTM CDEX, akan memulakan fasa baru dalam kerjayanya sebagai Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Operasi di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM.
Majlis ini bukan sahaja sebagai acara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Encik Arshad, tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan jasa beliau kepada organisasi. Dalam suasana penuh kekeluargaan, rakan-rakan sekerja menyampaikan ucapan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan di tempat baru. Pihak KAPPELA juga turut menyampaikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada Encik Arshad atas dedikasinya. Dengan penuh rasa hormat, kami mengucapkan tahniah kepada Encik Arshad Musa dan semoga beliau terus cemerlang dalam perjalanan kerjaya beliau yang seterusnya. Tahniah Encik Arshad Musa, semoga sukses selalu!
Related Articles
MUTIARA KATA – Edisi Oktober 2022 oleh En. R. Muhammad Fariz
PenyampaiWebmaster'Pada 19 Oktober 2022 Slot Mutiara kata telah disampaikan oleh En Raja Muhammad Fariz semasa program bacaan doa pagi UTM CDex selepas slot perkongsian ilmu yang di sampaikan oleh Dr. Azizul Azri yang bertajuk Negara yang paling gembira.' Perkongsian...
TEACHING & LEARNING MEMORIES @ UTM CREATIVE VIDEO COMPETITION
Multimedia Kreatif & Teknologi PembelajaranWebmasterUTM CDex telah menjemput para pelajar, Alumni UTM dan Pensyarah UTM untuk meyertai pertandingan “Teaching & Learning Memories @UTM Creative Video Competition” bagi meraikan lagi sambutan 50 tahun UTM....
Sesi Perkongsian “TIPS MINDA SIHAT : SAYANGI DIRI” : 16 Ogos 2022
UTM CDexWebmaster Pada 16 Ogos 2022, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Ogos ini disampaikan oleh Puan Nurliza binti Abd Rahman. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini “TIPS MINDA SIHAT : SAYANGI DIRI”. Minda yang...






