Terima Kasih Prof Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah, dan Cik Hazwani Mohd Zahar

Artikel oleh En. Nizam Ahmad
Jawatankuasa Program
Bendahari KAPELLA

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah Rasid
Pegawai Tadbir (Pereka)
Juru Audit KAPELLA

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster UTM CDex
Pengerusi KAPELLA
Pada 29 September 2024, satu majlis perpisahan yang penuh bermakna telah diadakan di UTM Cdex bagi menghargai jasa dan sumbangan dua staf yang amat dihormati, iaitu Prof Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah dan Cik Hazwani Mohd Zahar. Majlis ini diserikan dengan suasana yang ceria dan penuh emosi, dihadiri oleh rakan-rakan sekerja serta pihak pengurusan UTM Cdex.
Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan yang penuh penghargaan daripada wakil pengurusan dan staf yang diraikan. Para hadirin mengungkapkan rasa terima kasih atas dedikasi dan komitmen kedua-dua individu ini sepanjang berkhidmat di UTM Cdex. Prof Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah, yang telah memberikan sumbangan besar didalam pengurusan UTM CDex, serta Cik Hazwani Mohd Zahar yang telah memainkan peranan penting dalam menyokong pelbagai aktiviti dan operasi pejabat, diiktiraf atas kerja keras mereka yang tiada bandingannya.
Di samping ucapan perpisahan, majlis turut diserikan dengan video montaj perpisahan yang disediakan oleh En. Raja Muhammad Fariz dan jamuan makan yang enak. Pelbagai hidangan disediakan untuk memeriahkan suasana, dan para tetamu menikmati waktu berkualiti bersama-sama dalam suasana penuh keakraban. Puncak majlis adalah penyerahan hadiah sebagai simbol penghargaan daripada Kelab KAPPELA kepada kedua-dua penerima. Turut memberikan hadiah rakan-rakan pejabat sebagai tanda terima kasih dan penghormatan atas segala sumbangan yang telah diberikan oleh Prof Madya Ir. Dr. Hayati dan Cik Hazwani selama ini.

Majlis ini bukan sahaja menjadi momen yang menyentuh hati, tetapi juga menjadi bukti betapa dihargainya kedua-dua individu ini dalam kalangan warga UTM Cdex. Semoga segala pengalaman dan kenangan manis yang telah dikongsi bersama dapat terus menjadi sumber inspirasi buat semua yang hadir.
Related Articles
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA
AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...
KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di...
PERTANDINGAN LACI TERBAIK 2024
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSAPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexTahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci...