UTM CDex Juara Dua Tahun Berturut-turut Reruai Terbaik!

Artikel oleh Nizam Ahmad

Disunting oleh Encik Mohd Harith Fadzillah Rasid

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Lazimnya setiap tahun Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antrabangsa (JTNCAA) akan mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Pada 6 Mei 2024, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 2024M/1445H telah diadakan di Dewan Sri Resak, Kolej Tun Dr. Ismail.
Majlis yang meriah ini telah dihadiri oleh staf setiap Pusat Tanggung Jawab (PTJ) di bawah JTNCAA. Pelbagai aktiviti menarik disediakan sebagai selingan majlis bagi menggamatkan suasana diantaranya adalah, cabutan bertuah, permainan sambung lagu, disamping pelbagai juadah hari raya yang dihidangkan.
Antara yang menjadi tumpuan adalah pertandingan ‘King & Queen’ dan Pertandingan Reruai Terbaik. Setiap PTJ telah menghias reruai masing-masing dengan indah dan menghidangkan pilihan makanan yang berbeza. Reruai UTM CDex pada tahun ini membawa tema Lestari dimana hiasan yang digunakan adalah daripada bahan buangan kotak, besi, dan kertas. Untuk menampilkan tema hiasan yang agak berbeza dari tahun sebelumnya, hiasan pada tahun ini menggunakan warna tema bendera Palestin dan pembinaan arca kubah masjid dan bulan sabit daripada kotak terpakai.
UTM CDex telah dinobatkan sekali lagi sebagai Juara Pertandingan Reruai Terbaik sekaligus mengekalkan kemenangan pada tahun 2023. Terima kasih diucapkan kepada warga kerja UTMCDex yang telah bersama-sama menjayakan program ini.



Related Articles
Majlis Makan Malam Program UTM Global Connect 2024
SekretariatPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDex2 Oktober 2024 , Majlis Makan Malam Program Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Global Connect 2024 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Objektif utama majlis...
GUNUNG ARONG: PENGEMBARAAN DI PUNCAK DUNIA
AJK ProgramAJK ProgramPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexProgram pendakian ke Gunung Arong pada 18-19 September 2024 adalah merupakan HIR PPP : Sinergi bagi tahun 2024. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang staf, 47 ahli keluarga, dan 5...
KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di...