UTMDeC Fasa 1 : 25-27 Julai 2021
Artikel oleh Prof. Madya Ir. Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin
Timbalan Pengarah Program UTMDeC
Diterbitkan oleh Raja Fareez
Urusetia, Webmaster
Gambar oleh Raja Fareez & Isrq Irfan
AJK Media & Urusetia Program
UTM Dean’s Course atau nama singkatannya UTMDeC adalah program khas untuk pembangunan bakal-bakal dekan. Program ini terbahagi pada tiga fasa yang meliputi tiga kajian kes. Kajian kes yang dibangunkan oleh UTMLead bersama mantan-mantan dekan dan pentadbiran tertinggi universiti, bertajuk Kepimpinan, Pengurusan Strategik dan Tadbir Urus, Pengurusan Bakat dan Kemahiran Interpersonal, Pengurusan Perubahan, Pengurusan Konflik dan Pengurusan Risiko. Program UTMDeC ini diketuai oleh yang berbahagia Profesor Ts. Dr. Rose Alinda Alias, mantan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM, dan Professor di Azman Hashim International School (AHIBS). Fasa 1 telah berlangsung pada 25, 26 dan 27 Julai 2021 dan telah di hadiri oleh 23 orang peserta yang mewakili setiap fakulti di UTM.
Pada hari pertama ianya dimulakan dengan acara sesi pengenalan yang dipimpin oleh Dr Zulfikar bin Ahmad, Pegawai Psikologi dari Pusat Kaunseling UTM Johor Bahru dibantu oleh moderator Ts. Dr Suraya Miskon, pensyarah kanan dari Azman Hashim International Business School (AHIBS) dan Prof. Madya Ir. Dr Sharifah Hafizah Syed Ariffin dari Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead). Taklimat Pelan Tindakan Projek (Project Action Plan-PAP) juga di beri untuk membantu para peserta dalam mencadangkan projek individu yang akan dibantu oleh coach masing-masing. Pelan Tindakan Projek adalah antara kaedah dalam meningkat pengurusan yang berimpak. PAP ini juga dapat membantu para peserta dari segi tadbir urus dan pengurusan risiko melalui peningkatan tahap kematangan dalam pentadbiran universiti. Fasilitator bagi PAP ini dipimpin oleh Prof. Ts. Dr. Rose Alinda Alias dan Prof. Dr. Nordin Yahya, Mantan Pengarah AKEPT dan Profesor di Fakulti Kejuruteraan.
Hari kedua, fasa 1 dipenuhi dengan aktiviti Modul 1 iaitu Kepimpinan, Pengurusan Strategik dan Tadbir Urus bersama-sama fasilitator, Profesor Datuk Wahid Omar, Mantan Naib Canselor, UTM dan Profesor di Fakulti Kejuruteraan, Prof Shahrin Mohamed, Pro Naib Canselor (Strategi dan Hal Ehwal Korporat) dan Prof Durrishah Idrus, mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Profesor di Fakulti Teknologi dan Informatik Razak. Sesi ini di bantu oleh Ts. Dr Suraya Miskon dan Dr. Nazmona Mat Ali, pensyarah kanan AHIBS.
Hari Ketiga fasa 1 pula, peserta telah didedahkan dengan kajian kes kedua iaitu Pengurusan Bakat dan Kemahiran Interpersonal, Bersama tiga fasilitator iaitu, Profesor Zainab Khalifah, mantan Dekan Fakulti Pengurusan UTM, Prof Dato’ Ahmad Nazri Mohd. Ludin, mantan dekan Fakulti Alam Bina UTM dan Profesor di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dan Profesor Rubiyah Yusof, mantan dekan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT). Sesi hari ketiga ini dibantu oleh Ir. Dr Shafishuhaza Sahlan, pensyarah kanan, Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Elektrik (FE-SKE) dan En Hairudin Shahari, Timbalan Pendaftar UTMLead.
Walau pun dengan kekangan program yang dijalankan secara maya, rata-rata maklumbalas peserta adalah positif. Peserta juga merasakan program ini adalah relevan dengan keadaan dan isu semasa. Program yang diadakan secara santai dan berimpak ini telah memberi manfaat kepada peserta dari segi kajian kes yang menarik dan sesi perkongsian fasilitator program. Penerangan lanjut program eksklusif ini boleh didapati di laman web Rasmi Program UTMDeC ( https://utmcdex.utm.my/utmdec/ )
// Galeri foto //
‘Snap Shots’
dari
Online WEBEX Platform
Related Articles
Related
Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM
Pembantu Tadbir KananPenolong PendaftarWebmaster UTM CDex Jawatankuasa Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM pada 21, 24, dan 25 Mac 2024...
UTM CDex Juara Dua Tahun Berturut-turut Reruai Terbaik!
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexLazimnya setiap tahun Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antrabangsa (JTNCAA) akan mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Pada 6 Mei 2024, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri...
Riang Ria Raya UTM CDex
Bendahari KAPELLAPegawai Tadbir (Pereka), UTM CDexWebmaster UTM CDexBersempena Hari Raya Aidilfitri 2024, Kelab Keluarga Kapella telah menganjurkan Majlis Riang Ria Raya UTM CDex pada 30 April 2024. Majlis yang dijalankan bermula jam 2 petang ini berkonsepkan...