1 Staf 1 Pokok : 25 MAC 2021

Artikel oleh Nizam Ahmad

JK Pelestarian UTMLead 2021

Gambar oleh Isyq Irfan

Fotografer Rasmi

Diterbitkan oleh Raja Fareez

Urusetia, Webmaster

Dalam usaha mengindahkan persekitaran dan ruangan kerja, serta dengan mengambil semangat pelaksanaan Program Pelestarian Pejabat, Kelab Green Office UTMLead yang diketuai oleh Puan Hanin Ahmad telah melaksanakan program ’1 Staf 1 Pokok’ yang telah disertai oleh semua staf UTMLead.

Bagi merealisasikan program ini, JK Pelestarian UTMLead dan Kelab Green Office UTMLead telah mengadakan kerjasama dengan Bahagian Landskap dan Pembersihan, Pejabat Harta Bina, Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat dalam usaha mewujudkan inisiatif tanaman di dalam pejabat.

Beberapa siri perjumpaan dan gotong royong telah dijalankan bagi melancarkan aktiviti ini. Program ‘1 Staf 1 Pokok’ telah dirasmikan pada 25 Mac 2021 dengan slogan Persekitaran Kondusif, Perkhidmatan Produktif.

Related Articles

Related

Bengkel Penyediaan Laporan BEM

Bengkel Penyediaan Laporan BEM

Bengkel Penyediaan laporan untuk BEM ini telah dijalankan pada 25 Januari dan 17 Februari 2017. Penceramah dan fasilitator yang terlibat adalah Prof. Madya Ir. Hayati Abdullah dan Prof. Madya Ir. Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin. Bengkel ini adalah untuk membantu...

Aktiviti Riadah – Jelajah Hutan 2017

Aktiviti Riadah – Jelajah Hutan 2017

Pada 7 Februari 2017 yang lalu, kelab keluarga UTMLead telah melaksanakan satu program riadah yang dinamakan sebagai "Jelajah Hutan UTM 2017". Seramai 17 orang staf telah terlibat dalam aktiviti ini bermula pada 9.30pagi - 11.00 pagi. Aktiviti berjalan kaki dimulakan...

Bengkel Pelan Penggantian Staf Akademik UTM

Bengkel Pelan Penggantian Staf Akademik UTM

Tarikh : 17 Januari 2016 Tempat : Dewan Jamuan, Bangunan Canseleri UTM Bengkel Pelan Penggantian Staf Akademik UTM telah diadakan pada 17 Januari 2016 bertempat di Dewan Jamuan, Bangunan Canseleri UTM.  Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan pelan tindakan yang...