Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menggunakan pendekatan MOOC untuk penawaran beberapa kursus universiti pada Semester I 2014/2015 bermula pada September ini. MOOC ialah Massive Open Online Course, yang dilaksanakan secara atas talian dengan penyertaan pelajar secara besar-besaran dan melibatkan akses secara global.
Untuk melihat keberkesanan infrastruktur dan platform IPTA, satu ujilari akan diadakan secara serentak di semua IPTA pada waktu dan masa berikut:
Tarikh : 17/07/2014
Masa : 10.00 – 11.00 pagi
Platform yang terlibat dan waktu ujilari ialah:
i. Open4Learning (http://open4learn.upsi.edu.my) : 10.00 – 10.20 pagi
ii. Open Learning (www.openlearning.com) : 10.20 – 10.40 pagi
iii. Coursesite (www.coursesites.com) : 10.40 – 11.00 pagi