(MODUL C2) : PENGAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI (E-PEMBELAJARAN)

SINOPSIS

Pembelajaran menerusi web atau juga dikenali sebagai e-pembelajaran merupakan satu pendekatan pembelajaran yang semakin popular dan mampu membantu meningkatkan kualiti proses P&P sekiranya dimanfaatkan dengan bijak. Bagi membantu memastikan teknologi ini dapat digunakan bagi tujuan yang dinyatakan, satu sistem pengurusan e-pembelajaran yang efektif perlu digunakan. Kursus ini akan mendedahkan peserta kepada konsep dan asas penggunaan teknologi e-pembelajaran dan juga sistem pengurusan e-pembelajaran khususnya untuk kegunaan di UTM.

OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Memahami konsep dan asas penggunaan teknologi e-pembelajaran
  • Menguasai penggunaan asas aplikasi e-pembelajaran menggunakan sistem pengurusan e-pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak UTM
  • Menggunakan ciri-ciri sistem pengurusan e-pembelajaran secara komprehensif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan kepada e-learning

  • Login dan Persediaan Kelas

  • Penyediaan Rancangan Pengajaran & Nota Kuliah

  • Kemudahan Komunikasi: Forum dan Chat

  • Penilaian: Kuiz

  • Penilaian : Tugasan

  • Kalender dan Aktiviti

  • Pengurusan Rekod

  • ‘Backup’ dan penyenggaraan

  • Asas HTML

  • Pembangunan Laman Web untuk Pengajaran

  • Penggunaan Grafik dan Animasi

  • Penggunaan Audio dan Video

  • Pemurnian Bahan Pengajaran

  • Persembahan Bahan Pengajaran

KUMPULAN SASARAN
  • Staf akademik yang akan menduduki TK3

BILANGAN PESERTA

40 peserta

TEMPOH & TENTATIF TARIKH KURSUS

3 hari (11 – 13 Julai 2006)