Adalah dimaklumkan pengisian data My3S akan dilakukan pada setiap semester supaya ia dapat dipadankan dengan data Integrated Cumulative Grade Point Average (iCGPA). Tujuan utama pelaksanaan program My3S adalah untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar IPT dan seterusnya menjadi pelengkap kepada Pelaksanaan iCGPA.

Oleh itu, semua pelajar UTM yang telah mengisi soal selidik My3s pada semester 1 2016/2017 dan pelajar yang baru mendaftar pada Sem 2 2016/2017 perlu mengisi untuk semester ini bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 30 Jun 2017.

Laman Sesawang berikut : http://203.80.17.22/survey/

(klik link untuk ke sistem Malaysian Soft Skills Scale (My3S))

Pelajar dinasihatkan menjawab ujian ini lebih awal agar tidak mengalami masalah bebanan talian akibat kesesakan akses disaat akhir pada sistem Penilaian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) ini. Akses pelajar adalah menggunakan NO. MATRIK dan NO. KAD PENGENALAN sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan.