MODUL E2 : PEMBELAJARAN DEWASA

SINOPSIS

Pelajar dewasa (matured students) lazimnya melalui sesuatu proses P&P yang berbeza (dari perpektif  psikologi kognitif, afektif dan psikomotor) berbanding pelajar ‘fresh’. Kebanyakan pelajar dewasa  mempunyai pengalaman/kemahiran teknikal dan pengalaman sosial yang berlainan berbanding rakan pelajar ‘fresh’ mereka. Di samping itu juga, pelajar dewasa mempunyai ekspektasi dan kekangan yang lazimnya amat  berbeza. Oleh itu, pensyarah perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran khusus untuk memahami sepenunhya fenomena ini, mengeksploit sepenuhnya kelebihan yang ada pada pelajar dewasa serta menangani masalah P&P yang timbul akibat kekangan-kekangan yang mereka alami.

OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Memahami dan menghayati prinsip-prinsip pembelajaran dewasa
  • Mengguna prinsip-prinsip pembelajaran dewasa apabila mengendali kelas bagi kumpulan pelajar berkenaan
KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Kepada Pendidikan Dewasa

  • Model Pedagogi vs. Model Andragogi

  • Implikasi Kepada Rekabentuk Program Pembelajaran

  • Suasana Pembelajaran Kondusif

  • Penglibatan Pelajar

  • Pendekatan Pengajaran Menggunakan “Kontrak Pembelajaran”

  • Implikasi kepada Pendidikan, Latihan dan Pembangunan

KUMPULAN SASARAN
  • Staf akademik yang akan menduduki TK4

BILANGAN PESERTA

40 peserta

TEMPOH & TENTATIF TARIKH KURSUS

1 hari (26 Julai 2006)