Pada 1 Ogos 2017 yang lalu, UTMLead telah mengadakan kursus “Soul of Academia in Higher Education” di Bilik Seminar 1, Pusat Latihan, UTM Johor Bahru. Kursus ini disampaikan oleh Prof. Dr. Rose Alinda Alias , Mantan TNCAA UTM yang berpengalaman luas dalam pembangunan bakat akademik di peringkat kebangsaan.

 

Modul ini bertujuan untuk memupuk jiwa akademia yang lebih holistik, selari dengan peranan sebenar sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT).  Secara umum, modul ini akan menerangkan tentang falsafah, tujuan dan peranan IPT dalam konteks Akademia Baru.  Ia juga membincangkan pendekatan dan kaedah dalam pembinaan dan pembudayaan DNA Institusi.  Beberapa kajian kes akan dibincangkan dalam meningkatkan lagi kefahaman peserta berkaitan dengan pendekatan untuk menyuburkan jiwa akademia.  Di akhir modul ini, adalah diharapkan peserta berupaya menerapkan jiwa akademia dalam kerjaya sebagai seorang ahli akademik

Nazlin Ali

Assistant Registrar , Centre for Academic Leadership and Professional Development (CALPD), UTMLead