Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengambil inisiatif untuk meneruskann lagi Pertandingan Ruang Kerja Staf Terbaik bagi tahun 2023 untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dan amalan EKSA dihayati oleh semua staf UTM CDex. Disamping itu, ia dapat memupuk semangat kerjasama antara staf dan kreativiti serta inovasi di setiap sudut / ruang kerja masing-masing. Audit Ruang Kerja ini dilaksanakan setiap bulan dan penilaian dilakukan oleh Juruaudit yang dilantik dikalangan Ahli Jawatankuasa ESKA Zon Oren UTM CDex.
Kriteria penilaian dan pemarkahan yang diambil kira:
1. Elemen EKSA, OSHE dan Kelestarian
2. Susun atur peralatan di ruang kerja
3. Kebersihan dan kekemasan peralatan di ruang kerja
4. Keseragaman ruang kerja (bersih, kemas, tersusun dan selamat) secara konsisten
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ruang kerja staf terbaik bagi bulan Januari hingga April 2023.
Related Articles
MAJLIS TAUTAN UKHUWAH UTM CDex 2023
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 28 Mei 2023 (Ahad), sempena sambutan Majlis Hari Raya 2023, Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah di ruang pejabat utama UTM CDex....
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Auditor DalamanWakil PekerjaPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada 7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC,...






