AUDIT SILANG EKSA OLEH UTM iLeaGue- 14 Disember 2022

Artikel oleh Mariyana Zainal

Ketua Zon Oren

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Pengerusi EKSA Zon Oren

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster

Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Audit Silang EKSA antara bahagian.  Bahagian yang terlibat adalah Pejabat Timbalan Naib Canselor (A&A), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) dan juga Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex).

UTM iLeaGue telah dipertanggungjawab untuk mengaudit Zon Oren UTM CDex pada  14 Disember 2022 (Rabu). Encik Badrul Hisham bin Md Shaimi dan Encik Muhammad Marzuqi bin Zainal Abidin telah dilantik sebagai Juruaudit bagi menilai dan mengenalpasti tahap dan pematuhan EKSA di Zon Oren.

Sebelum audit dijalankan, satu pembentangan ringkas berkaitan aktiviti EKSA di Zon Oren telah disampaikan oleh Pn. Nuril Aini binti Ahmad Tohid, Pengerusi EKSA.  Turut hadir sama adalah Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah, Pengarah UTM CDex dan juga semua Ahli Jawatankuasa EKSA Zon Oren.

 

Rumusan yang diperolehi daripada audit yang dilakukan adalah seperti berikut:

AMALAN TERBAIK

PENEMUAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.Menyediakan e-Waste Recycling Corner dan berinovasi.

2.Penyusunan peralatan, sistem fail dan alat tulis yang baik dan kemas.

1.Pejabat dalam keadaan baik dan kemas, susunan yang seragam dan kondusif.

2.Menepati komponen utama EKSA, OSHE dan Pelestarian.

3.Suasana tempat kerja yang harmoni.

Perlu dikemaskan sedikit sahaja untuk kekemasan wayar komputer bagi staf yang duduk sementara di bilik mesyuarat dan bilik-bilik lain supaya ianya nampak lebih kemas dan selamat.

 

 

Related Articles

Related
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....

read more