CENDERAHATI ISTIMEWA DARIPADA JAWATANKUASA EKSA UTM CDex

Artikel oleh Puan Mariyana binti Zainal
Ketua Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid
Pengerusi Zon Oren Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Pada 18 Mac 2025, satu kejutan istimewa telah menanti seluruh warga kerja UTM CDex apabila setiap staf menerima tuala tangan eksklusif yang disulam kemas dengan logo “EKSA UTM CDex” berserta nama individu masing-masing.
Pemberian ini merupakan inisiatif daripada Jawatankuasa EKSA UTM CDex sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan semua staf dalam merealisasikan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di tempat kerja.
Selain menjadi simbol kenangan, tuala tangan ini juga berfungsi secara praktikal — ia boleh digunakan ketika aktiviti gotong-royong, pembersihan ruang kerja harian atau sebagai alat sokongan dalam menjaga kebersihan dan kekemasan persekitaran pejabat. Usaha kecil ini diharap dapat menyuntik semangat positif dan menyemarakkan lagi budaya kerja yang lebih sistematik, kondusif, dan berimej korporat selaras dengan aspirasi EKSA.
Terima kasih diucapkan kepada semua staf atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan dalam menjayakan EKSA di UTM CDex. Semoga momentum ini dapat diteruskan dan diperkukuh dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih produktif dan profesional.
“Bersih, Ceria, Kondusif – EKSA Budaya Kita!”
Related Articles
Kursus Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Mengukuhkan Integriti dan Kecekapan Akademik
Ketua Urusetia ProgramPenolong Pegawai Tadbir UTM CDex Webmaster UTM CDexPada 2 November 2026, seramai 59 orang yang terdiri daripada pelbagai bidang tugas seperti staf akademik, staf pentadbiran, dan staf sokongan yang berkhidmat di bawah Jabatan Timbalan Naib...
Kursus Pengurusan Perolehan dan Sistem e-Perolehan UTM Secara dalam Talian
Urusetia ProgramPenolong Pegawai Tadbir UTM CDex Webmaster UTM CDexPada hari Selasa, 13 Mei 2026, UTM CDEX telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan dan Sistem e-Perolehan secara dalam talian. Kursus yang bertujuan memberi kefahaman tatacara perolehan ini...
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...



