Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Artikel oleh Nizam Ahmad

Auditor Dalaman

Jaslina Ja’apar

Wakil Pekerja

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Pengerusi EKSA Zon Oren

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Pada  7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS, AMaCS dan MyLine. Aktiviti ini dijalankan bagi persediaan Pengauditan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2022 (AKKP 2022) bagi Kategori Kluster Induk, UTM Johor Bahru. Encik Mohamad Nizam bin Ahmad, Encik Zul Azri bin A. Rahman dan Puan Jaslina binti Ja’apar daripada Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah dilantik sebagai Juru Audit Dalaman bagi tahun ini.

Kriteria audit yang diguna pakai dalam pengauditan ini adalah sama dengan senarai semak pengauditan dan pemeriksaan tempat kerja AKKP Universiti yang menitik beratkan kepada beberapa kriteria utama, diantaranya adalah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemeriksaan tempat kerja, keselamatan ruang dalam bangunan, keselamatan bangunan dan persekitaran, dan keselamatan elektrik.

Hasil dapatan audit dalaman kali ini, terdapat banyak penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh semua warga Blok F54 secara amnya. Namun begitu, kesemua  PTJ telah menunjukkan banyak penambahbaikan terhadap persediaan kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua staf Blok F54 yang telah memberikan kerjasama dalam memudahkan dan menjayakan pengauditan pada kali ini.

Juru Audit UTM CDex telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan pengauditan ke empat buah PTJ iaitu Research Management Centre (RMC), School of Graduate Studies (SPS), Student Recruitment & Admission Division (SRAdS), dan The Online Resources for Learning in English (MyLinE).

UTM CDex juga telah diaudit oleh empat (4) orang auditor dari PTJ lain pada 7 Mei 2023. Ketika sesi pengauditan dijalankan staf UTM CDex telah memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua ruang berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh JKKP Universiti. UTM CDex juga telah menjadi contoh ruang kerja selamat yang melibatkan penerapan nilai-nilai OSHE dan EKSA di ruang kerja staf.

Related Articles

Related
Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Sesi Bergambar Hari Raya dan Rakaman Video Raya UTM CDex

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 21 Mac 2023, warga kerja Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex), telah meluangkan masa untuk berkumpul bersama bagi menjayakan penggambaran video raya UTM CDex dan sesi fotografi...

read more
Program UTM CDex Grand Magnificent Award 2023

Program UTM CDex Grand Magnificent Award 2023

SetiausahaWebmaster UTM CDexProgram UTM CDex Grand Magnificent Award yang bertemakan warna hitam dan kuning telah diadakan pada 5 Mac 2023 di Pulai Springs Resort.  Program ini bertujuan menghargai dan meraikan semua staf UTM CDex atas kecemerlangan prestasi bagi...

read more