Pada 8 Mei 2023 (Isnin), Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan satu Bengkel Pembangunan Program Telehealth/Neuroscience Baharu SHARP-FS bertempat di UTM Flexis D07, UTM Johor Bahru. Bengkel ini telah dijalankan dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Seramai 17 peserta dari Fakulti Sains, sharps,Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan dan sekretariat UTM CDex telah menghadiri bengkel ini.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan Struktur Kurikulum, Pelan Pengajian dan soal-selidik Kajian Pasaran bagi program membangunkan program baharu iaitu Sarjana Muda Psikologi dengan Neurosains yang akan dilaksanakan secara Perkongsian Akademik Trans-Fakulti (PAKAT)

Pendaftaran bengkel bermula dari jam 8.30 pagi dan diikuti oleh taklimat bengkel oleh Prof. Madya Ts. Dr. Haslinda Mohamed Kamar selaku Pengurus CALI UTM CDex. Sesi pertama perbincangan Struktur Kurikulum dan Pelan Pengajian mengikut fakulti dan diikuti oleh sesi kedua dan ketiga mengenai soal-selidik Kajian Pasaran.


Pada jam 1.00 tengahari bengkel ditangguhkan dan akan disambung semula dalam masa yang terdekat. Peserta bengkel perlu membuat beberapa persediaan dari bengkel pertama ini dan dikongsikan dahulu melalui Group Whatsapp Telehealth/Neuroscience sebelum bengkel kedua yang akan diadakan jangkaan pada bulan Julai.
Related Articles
MAJLIS TAUTAN UKHUWAH UTM CDex 2023
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 28 Mei 2023 (Ahad), sempena sambutan Majlis Hari Raya 2023, Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah di ruang pejabat utama UTM CDex....
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Auditor DalamanWakil PekerjaPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada 7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC,...