Buat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023.
Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat persiapan menyambut hari raya aidilfitri. Ibu menerima panggilan daripada anak tunggalnya memberitahu dia harus bekerja pada pagi raya menggantikan rakan sekerja. Maka bermulalah pelbagai insiden berlaku kerana Ibu terkesan dengan berita anaknya tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga. Namun tanpa pengetahuan Ibu, secara senyap-senyap anak dan ayah telah membuat perancangan untuk bertemu secara virtual menggunakan hologram pada pagi raya.
Hologram adalah teknologi yang mencipta imej tiga dimensi (3D) menggunakan cahaya laser untuk merekodkan corak gelombang cahaya dari objek, dan di dalam cerita ini, ia digunakan sebagai medium bagi ibu dan anak berjumpa pada pagi raya.
Video Holo Raya telah dimuat naik ke semua media sosial UTM CDex pada 10 April 2023 dan menerima maklum balas baik dan reaksi positif daripada penonton.
Related Articles
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PUSAT PEMAJUAN PEMBELAJARAN DIGITAL DAN FLEKSIBEL (UTM CDex)
Urusetia ProgramUrusetia ProgramWebmaster & JK Promosi UTM CDexJurugambar Rasmi Pada 14 Julai 2022 (Khamis) UTM CDex dibawah inisiatif KAI PPP telah mengadakan satu Program Saringan Kesihatan kepada semua Staf UTM Cdex dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti....
Kempen Kesedaran Amalan EKSA – Julai 2022
Urusetia Program / JK EKSA UTM CDexUrusetia Program / JK EKSA UTM CDexWebmasterJurugambar RasmiZON TEKNOLOGI ZON MULTIMEDIA ZON PEMBELAJARANPada 20 Jun 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel...
Sesi Perkongsian “Badan kita & Tilam” : 12 Jun 2022
Pembentang Sesi PerkongsianWebmasterPada 12 Jun 2022 yang lalu, satu lagi sesi perkongsian ilmu telah diadakan. Perkongsian ilmu untuk bulan Jun ini disampaikan oleh Puan Noor Yusnaini binti Yusoff. Tajuk yang telah dipilih untuk perkongsian kali ini “ Badan...