Ikon EKSA 2023 Zon Oren

Artikel oleh Puan Mariyana Zainal

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah Rasid

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menyediakan hadiah berbentuk Sijil dan Plak kepada Pemenang IKON EKSA 2023 semasa Majlis Grand Magnificent Award 2024 pada 6 Mac 2024 di Hotel Granada Johor Bahru. Hadiah telah disampaikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah, Pengarah UTM CDex.
Pemenang IKON EKSA 2023 dipilih berdasarkan penilaian prestasi markah bulanan Audit Dalaman EKSA Penilaian Ruang Kerja Staf Zon Oren, UTM CDex. Markah bulanan akan dicampur selama 1 tahun (12 bulan). Staf yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang. Komitmen staf dalam pelaksanaan EKSA yang merangkumi elemen-elemen sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal adalah diambil kira.
Berdasarkan kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan, Encik Mohamad Nizam bin Ahmad telah dipilih dan dinobatkan sebagai IKON EKSA 2023 Zon Oren UTM CDex. Setinggi tahniah diucapkan kepada beliau.
Related Articles
MAJLIS TAUTAN UKHUWAH UTM CDex 2023
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 28 Mei 2023 (Ahad), sempena sambutan Majlis Hari Raya 2023, Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah di ruang pejabat utama UTM CDex....
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Auditor DalamanWakil PekerjaPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada 7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC,...


