KAPELLA ATV ADVENTURE RIDE 2022

Artikel oleh Priscilla Prapagara
Pengerusi KAPELLA 2022/2023

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti lasak ‘ATV ADVENTURE RIDE 2022’ pada 26 November 2022 bertempat di Seelong, Kulai. Staf yang terlibat mula berkumpul di Seelong ATV Trail seawal jam 9.30 pagi. Slot Group Ride KAPELLA ialah pada jam 11.30 pagi.

Taklimat ATV Ride telah disampaikan kepada peserta sebelum acara bermula. Seramai 12 orang staf dan 8 orang ahli keluarga telah terlibat dalam aktiviti ini. Ride ini adalah sukan yang lasak kerana peserta perlu menempuh bukit, anak sungai dan lumpur. Ianya menjadi pengalaman yang menyeronokkan bagi peserta yang pertama kali mengikutinya. Aktiviti ini berakhir pada jam 1.45 petang. Kelab KAPELLA akan merancang ATV yang ke-2 pada tahun hadapan (2023)!!!!

Related Articles
BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterPada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti...
Program Bacaan Yassin dan Tahlil
UTM CDexWebmasterPada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail...
Majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead 2014-2021
Jawatankuasa Kelab Keluarga Pengajaran & Pembelajaran (KAPELLA) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) Jurugambar Rasmi Webmaster 19 Mac 2022 (Sabtu), Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) UTM CDex telah menganjurkan satu majlis...