KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022

Artikel oleh Priscilla Prapagara
Pengerusi KAPELLA 2022/2023

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Webmaster
Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti 10 Pin ‘KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022’ pada 16 Disember 2022 bertempat di Bowling Centre Le-Grandeur Johor Bahru. Staf yang terlibat mula berkumpul di Bowling Centre seawal jam 8.30 pagi. Ahli KAPELLA yang terlibat mula membahagikan nama mengikut kumpulan dan menyusun hadiah. Aktiviti bermain bermula pada jam 9.00 pagi.
Seramai 18 orang staf dan 6 orang ahli keluarga telah terlibat dalam aktiviti ini. Suasana riuh rendah dengan sorakan kumpulan masing-masing memberi motivasi kepada ahli kumpulan. Peserta yang hadir dibekalkan air mineral dan satu tin biskut. Pertandingan bowling ini merupakan aktiviti Kelab KAPELLA setelah enam tahun tidak dijalankan. Pada jam 10.30 pagi ahli Kelab mula mengira markah kumpulan terbaik dan markah pemenang perseorangan kategori wanita dan lelaki.
Kumpulan dengan markah tertinggi dimenangi oleh Unit Pentadbiran. Kumpulan ini mendapat piala pusingan dan hamper bernilai seratus ringgit (RM100). Johan bagi kategori Wanita dimenangi oleh pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati Abdullah dan bagi kategori lelaki dimenangi oleh En. Halimi Ismail. Mereka membawa pulang piala dan hamper. Bagi pemenang naib johan kategori wanita dan lelaki di menangi oleh Cik Priscilla Prapagara dan En. Mohamad Nizam Ahmad manakala bagi pemengang ketiga kategori wanita dan lelaki dimenangi oleh Pn. Jaslina Ja’apar dan En. Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat Shah. Kelab KAPELLA juga menyediakan hamper bagi pemenang ‘Masuk Longkang’ wanita dan lelaki masing-masing dimenangi oleh Cik Hasanah dan En. Muhamad Isyq Irfan. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.30 pagi.
Related Articles
Kuiz Trivia EKSA UTM CDex 2025
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 2 Disember 2025, EKSA UTM CDex telah menganjurkan Kuiz Trivia EKSA sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap kesedaran...
AUDIT PEMATUHAN KEWANGAN (PPM) BIL 2 TAHUN 2025
Pembantu Tadbir (P/O)Penolong PendaftarWebmasterAudit Pematuhan Kewangan Bil 2 Tahun 2025 (yang dahulunya dikenali sebagai PPM) telah dilaksanakan secara fizikal pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Objektif utama pengauditan ini...
Lawatan Penanda Aras EKSA
Ketua Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Pengerusi Zon OrenJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)WebmasterPada 29 Oktober 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Residen, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan...



