KLINIK PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PERKHIDMATAN DI HRMIS

Artikel oleh Puan Jaslina binti Ja’apar

Pembantu Tadbir UTM CDex

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah binti Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 29 Julai 2024 staf Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) telah menghadiri Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan Di Sistem HRMIS bertempat di Makmal Digital UTM CDex.  Klinik ini diadakan bertujuan untuk mengemas kini Data Tidak Berintegriti dalam sistem HRMIS serta memastikan sebarang urusan pada masa hadapan memenuhi Key Amal Indicator (KAI) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

 Encik Zaidi bin Hj Mohmod, Penolong Pendaftar Kanan dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah dijemput untuk memberi pencerahan dan pendedahan kepada staf UTM CDex bagi proses pengemaskinian elemen-elemen yang terdapat dalam modul HRMIS.   Klinik Pengemaskinian Data Peribadi dan Perkhidmatan di Sistem HRMIS juga telah dihadiri oleh staf dari Pusat Pengajian Prasiswazah (UGS).

Sepanjang klinik HRMIS ini dijalankan semua staf telah memberi tumpuan serta komitmen yang baik dalam memastikan matlamat klinik ini dicapai dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.

Related Articles

Related
Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Bendahari KAPELLATimbalan Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexMajlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA)  telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli...

read more
Holo Raya

Holo Raya

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBuat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat...

read more