KUIZ EKSA SIRI 1/2022

Artikel oleh Nizam Ahmad

Urusetia Program / JK EKSA UTM CDex

dan Nuril Aini Ahmad Tohid

Urusetia Program / JK EKSA UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri

Webmaster

Gambar oleh Isyq Irfan

Jurugambar Rasmi

Pada 1 Ogos 2022, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) di bawah Jawatankuasa Latihan telah menganjurkan Kuiz Eksa Siri 1/2022 selaras dengan Kempen Kesedaran Amalan EKSA yang telah dilancarkan pada 20 Jun 2022.

Penganjuran inisiatif Kempen Kesedaran Amalan EKSA kali ini adalah bertujuan memberi pengetahuan asas kepada staf UTM CDex berkenaan EKSA melalui pendekatan secara permainan kuiz.

Pertandingan yang dikendalikan secara atas talian oleh Puan Nuril Aini dan Encik Mohamad Nizam melalui laman Kahoot, telah mendapat sambutan hangat dimana seramai 15 orang staf telah mengambil bahagian. Puan Nurliza Abd Rahman telah berjaya menjadi juara pertandingan kali ini diikuti dengan Puan Jaslina Jaafar di tempat kedua dan Encik Muhammad Isyq Irfan Fani Rajab di tempat ketiga.

Bagi menyemarakan lagi semangat ke atas aktiviti berkaitan kesedaran amalam EKSA, penganjur memberikan sijil penyertaan kepada setiap staf dan diharap semua warga UTM CDex dapat menerapkan amalan EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif

Related Articles

Related
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....

read more