Pada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di bawah Core Value UTM,ISES iaitu ‘Excellence’. Kursus 1 Jam 1 Poster ini dijalankan di Makmal Komputer UTM CDex dan telah mendapat 18 penyertaan yang mewakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).




Kursus ini menawarkan pengetahuan asas kepada para peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend kepada kepada semua jabatan dalam menghasilkan poster, bunting, risalah dan slaid pembentangan dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman penggunaan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendedahkan peserta kepada pembelajaran dan skil yang berkesan.

Kursus ini dijalankan dengan tiga slot pengisian iaitu pengenalan kepada Canva, pemahaman kepada teori reka bentuk poster dan aktiviti hands-on. Dua org staf telah diberikan tanggung jawab sebagai pengajar kursus iaitu Encik Mohamad Nizam Bin Ahmad dan Encik Raja Muhammad Fariz Bin Raja Rohaizat Shah. Di akhir sesi pengajaran, setiap peserta berjaya menghasilkan satu poster, memahami secara ringkas cara penggunaan Canva dan mempelajari aspek teknikal suatu reka bentuk poster yang baik.

Related Articles
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT JTNCAA
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, peringkat Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &n Antarabangsa) (JTNCAA) telah berlangsung di Bangunan Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru....
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Auditor DalamanWakil PekerjaPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexPada 7 hingga 10 Mei 2023 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di dalam bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC,...
Pertandingan Laci Terbaik Mei 2023
Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmaster UTM CDexJawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Pertandingan Laci Terbaik 2023. Pertandingan ini akan diadakan...