Pada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di bawah Core Value UTM,ISES iaitu ‘Excellence’. Kursus 1 Jam 1 Poster ini dijalankan di Makmal Komputer UTM CDex dan telah mendapat 18 penyertaan yang mewakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
Kursus ini menawarkan pengetahuan asas kepada para peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend kepada kepada semua jabatan dalam menghasilkan poster, bunting, risalah dan slaid pembentangan dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman penggunaan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendedahkan peserta kepada pembelajaran dan skil yang berkesan.
Kursus ini dijalankan dengan tiga slot pengisian iaitu pengenalan kepada Canva, pemahaman kepada teori reka bentuk poster dan aktiviti hands-on. Dua org staf telah diberikan tanggung jawab sebagai pengajar kursus iaitu Encik Mohamad Nizam Bin Ahmad dan Encik Raja Muhammad Fariz Bin Raja Rohaizat Shah. Di akhir sesi pengajaran, setiap peserta berjaya menghasilkan satu poster, memahami secara ringkas cara penggunaan Canva dan mempelajari aspek teknikal suatu reka bentuk poster yang baik.
Related Articles
Program Pelestarian Kitar Semula Kertas Terpakai UTM CDex 2023
Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 5 Oktober 2023, Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex telah menganjurkan aktiviti pelestarian kitar semula kertas. Oleh kerana program ini merupakan program percubaan, hanya Ahli Jawatankuasa Pelestarian UTM...
Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai
Ahli Jawatankuasa ProgramAhli Jawatankuasa ProgramAhli Jawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexProgram Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Dewan UTM CDex, Bangunan Pusat...
EXPLORACE MERDEKA 2023 UTM CDex
Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDex CHECK POINT LOKASI NAMA PERMAINAN 1 LATA JERNIH WATERJET (20 minit) -Peserta mengambil air dari sungai dan mengisi ke dalam botol yang disediakan sehingga penuh...






