Pada 2 November 2026, seramai 59 orang termasuk staf akademik, pentadbiran, dan sokongan di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menyertai kursus bertajuk “Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Daripada Prinsip kepada Amalan”. anjuran UTMCDex ini berlangsung secara dalam talian menerusi platform Google Meet bermula seawal jam 8.30 pagi. Majlis dibuka dengan bacaan Ummul Kitab serta kata-kata aluan oleh moderator, Encik Mohd Rizal bin Mahadi
Kursus yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizan Othman ini memberi tumpuan kepada pemahaman asas kecerdasan buatan (AI), kod etika, pengurusan risiko, serta amalan amanah data dalam persekitaran tadbir urus universiti
Dalam sesi amali, para peserta didedahkan kepada penggunaan alatan AI dalam ekosistem universiti, terutamanya Google Gemini dan NotebookLM
Perkara paling utama yang ditekankan sepanjang bengkel ialah aspek keselamatan dan kerahsiaan maklumat
Kursus selama 4 jam 30 minit ini diakhiri dengan sesi penutup oleh moderator yang merakamkan penghargaan kepada penceramah atas perkongsian ilmu yang padat dan berinformatif serta sangat bermanfaat kepada warga JTNCAA.
Galeri
Related Articles
Kursus Pensijilan EKSA di UTM CDex
JK EKSA UTM CDexPengerusi Zon OrenWebmasterPada 13 Ogos 2025 , UTM CDex telah menganjurkan Kursus Pensijilan EKSA bertempat di Makmal Digital UTM CDex, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Peserta terdiri daripada staf UTM CDex dan wakil Jawatankuasa EKSA dari...
Kursus Pengurusan Kewangan Universiti
Pembantu TadbirPenolong PendaftarWebmasterPada 30 Julai 2025 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Kewangan Universiti bertempat di Dewan UTM CDex, UTM Johor Bahru. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah...
Lawatan Penandaarasan EKSA oleh PPPK ke UTM CDex
Ketua Zon OrenPengerusi Zon OrenWebmasterPada 18 Julai 2025, UTM CDex telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PPPK), UTM Johor Bahru sempena Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Lawatan ini bertujuan...














