Kursus Pengurusan Cuti dan Kehadiran

Artikel oleh Pn. Balqis Hashim

Pembantu Tadbir

Disunting oleh Pn. Nurul Nazihah binti Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh En. Zul Azri A Rahman

Webmaster

Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan kursus bertajuk Pengurusan Cuti dan Kehadiran. Kursus tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2025 (Jumaat) dan penceramahnya ialah Puan Saidatul Akmal binti Abdul Hamid dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UTM Johor Bahru.

Peserta kursus diperkenalkan mengenai pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) yang bermula dengan tempoh percubaan pada 1 September 2023. WBF kemudiannya berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Disember 2023 dan terpakai kepada staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) yang tidak tertakluk kepada peraturan waktu bekerja giliran. Penceramah juga menerangkan kepada peserta jenis-jenis cuti yang ada dan prosedur yang patut dipatuhi.
Objektif kursus:-

  1. Mengenal pasti jenis-jenis cuti, sistem pengurusan rekod cuti dan peraturan berkaitan cuti yang sedang berkuatkuasa;
  2. Mengaplikasikan formula pengiraan cuti mengikut jenis cuti;
  3. Menyelesaikan masalah berkaitan cuti.

Semoga staf akan lebih peka terhadap peraturan cuti serta sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Related Articles

Related
Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Bendahari KAPELLATimbalan Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexMajlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA)  telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli...

read more
Holo Raya

Holo Raya

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBuat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat...

read more
UTM Open Day