Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex

Artikel oleh Pn. Nurliza binti Abd Rahman
Pembantu Tadbir KUP

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail
Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex telah berjaya diadakan pada 8 ogos 2024 (Khamis) bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru.
Kursus ini dimulakan dengan Ceramah pertama yang bertajuk “Pengurusan & Pentadbiran Kewangan UTM CDex” dan disampaikan oleh Puan Nurliza binti Abd. Rahman. Dalam sesi ini, beliau menerangkan secara terperinci garis panduan serta prosedur kewangan yang wajib dipatuhi selaras dengan pekeliling perbendaharaan bagi memastikan pengurusan kewangan yang sistematik dan efisyen.
Seterusnya, Ceramah kedua bertajuk “Pengurusan Panjar Wang Runcit” dan disampaikan oleh Puan Jaslina binti Ja’apar. Slot ini memberi fokus kepada tatacara pengendalian dan pengurusan panjar wang runcit untuk kegunaan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan ketelusan proses dan mengikut peraturan kewangan Universiti serta Perbendaharaan.
Selain sesi soal jawab, kursus ini turut dimeriahkan dengan kuiz Kahoot bagi menguji kefahaman peserta terhadap topik yang telah dibincangkan sepanjang kursus. Tiga peserta iaitu En. Mohamed Fairuz bin Dahalan, Cik Hazwani binti Mohd Zahar dan Pn. Mariyana binti Zainal dinobatkan sebagai pemenang dan menerima hadiah penghargaan.
Kursus ini diakhiri dengan sesi bergambar serta ucapan penghargaan kepada para peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan kursus ini dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman staf mengenai pengurusan dan pentadbiran kewangan di UTM khasnya.
Related Articles
Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 9 Jan 2023
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 9 Januari 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Abang kepada Prof. Madya Ir Dr....
AUDIT SILANG EKSA OLEH UTM iLeaGue- 14 Disember 2022
Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmasterJawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Audit Silang EKSA antara bahagian. Bahagian yang terlibat adalah Pejabat...
KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterKelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti 10 Pin ‘KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022’ pada 16 Disember 2022 bertempat di Bowling Centre Le-Grandeur Johor Bahru. Staf yang terlibat mula...


