Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex

Artikel oleh Pn. Nurliza binti Abd Rahman
Pembantu Tadbir KUP

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail
Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan UTM CDex telah berjaya diadakan pada 8 ogos 2024 (Khamis) bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru.
Kursus ini dimulakan dengan Ceramah pertama yang bertajuk “Pengurusan & Pentadbiran Kewangan UTM CDex” dan disampaikan oleh Puan Nurliza binti Abd. Rahman. Dalam sesi ini, beliau menerangkan secara terperinci garis panduan serta prosedur kewangan yang wajib dipatuhi selaras dengan pekeliling perbendaharaan bagi memastikan pengurusan kewangan yang sistematik dan efisyen.

Seterusnya, Ceramah kedua bertajuk “Pengurusan Panjar Wang Runcit” dan disampaikan oleh Puan Jaslina binti Ja’apar. Slot ini memberi fokus kepada tatacara pengendalian dan pengurusan panjar wang runcit untuk kegunaan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi memastikan ketelusan proses dan mengikut peraturan kewangan Universiti serta Perbendaharaan.
Selain sesi soal jawab, kursus ini turut dimeriahkan dengan kuiz Kahoot bagi menguji kefahaman peserta terhadap topik yang telah dibincangkan sepanjang kursus. Tiga peserta iaitu En. Mohamed Fairuz bin Dahalan, Cik Hazwani binti Mohd Zahar dan Pn. Mariyana binti Zainal dinobatkan sebagai pemenang dan menerima hadiah penghargaan.


Kursus ini diakhiri dengan sesi bergambar serta ucapan penghargaan kepada para peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan kursus ini dapat memberikan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman staf mengenai pengurusan dan pentadbiran kewangan di UTM khasnya.
Related Articles
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...
Projek Charity Bubur Lambuk – Sukarelawan Agihan Makanan Iftar
AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexBersempena bulan Ramadan 1445H, Pusat Islam UTM melalui inisiatif UTM Prihatin menganjurkan Projek Charity Bubur Lambuk sebagai usaha mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan amalan sedekah...
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN
AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....