Kursus Penulisan Minit Mesyuarat

Artikel oleh Puan Mariyana Zainal

Setiausaha Pejabat

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Kursus Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada 4 April 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Makmal Digital, UTM CDex, UTM Johor Bahru.  Seramai 12 orang Staf UTM CDex telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada Gred N11 – N32 dan B29.

Objektif Kursus:  

  • Mengukuhkan kaedah penulisan minit mesyuarat mengikut format rasmi kerajaan.
  • Membantu menyediakan penulisan minit mesyuarat mengikut format standard berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan terkini.
  • Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai penulisan minit mesyuarat secara bersistematik dan berkualiti.
  • Meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan profesionalisme dan integriti dalam penulisan dokumen rasmi kerajaan.

Terdapat tiga (3) modul kursus yang disampaikan iaitu :

Modul 1 : Pengenalan Pengurusan Mesyuarat

Modul 2 : Penulisan Minit Mesyuarat

Modul 3 : Latihan Penulisan Minit Mesyuarat

Dalam Modul 3, Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberi latihan menyediakan minit mesyuarat mengikut format yang telah disampaikan semasa kursus.  Latihan ini diberi adalah bagi  tujuan melihat sejauh mana peserta memahami dan mengaplikasi langkah-langkah menyediakan minit mesyuarat yang sistematik dan efektif dalam memberi hasil dan impak yang tinggi  ke arah peningkatan produktiviti dan pencapaian matlamat PTJ/Bahagian.

 

Related Articles

Related
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

read more
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....

read more