Kursus Penulisan Surat dan E-mel Rasmi: Memperkasa Kemahiran Komunikasi Profesional

Artikel oleh Pn. Mariyana Zainal

Setiausaha Pejabat

Disunting oleh Pn. Nurul Nazihah binti Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh En. Zul Azri A Rahman

Webmaster

Pada 30 Jun 2025, UTM CDex telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat dan E-mel Rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Kursus ini telah disertai sepenuhnya oleh semua staf UTM CDex dan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Puan Kuntum binti Md. Ariff, Setiausaha Pejabat Gred N7 dari Fakulti Kejuruteraan Awam, yang juga merupakan Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan modul-modul penting seperti berikut:

  • Pengenalan kepada Surat Rasmi
  • Format Standard Surat Rasmi
  • Teknik Penulisan yang Berkesan
  • Kesalahan Umum dalam Surat Rasmi
  • Latihan Praktikal
  • Etika dan Protokol Penulisan Surat Rasmi

Melalui pendedahan yang menyeluruh ini, kursus ini telah berjaya:

  • Memberi kefahaman tentang format dan etika penulisan surat rasmi
  • Meningkatkan kemahiran menyusun ayat yang jelas, padat dan profesional
  • Membantu peserta mengelakkan kesalahan umum dalam penulisan rasmi
  • Menyesuaikan gaya penulisan mengikut konteks dan penerima
  • Mengasah kemahiran menyunting dan memurnikan dokumen rasmi

Kursus ini bukan sahaja memperkukuh kecekapan komunikasi bertulis dalam kalangan staf, malah turut menyemarakkan budaya kerja yang lebih cermat, profesional dan efisien di UTM CDex.

Related Articles

Related
Office Warming UTM CDex

Office Warming UTM CDex

Jawatankuasa ProgramJawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 28 Disember 2023 telah dianjurkan sebuah program istimewa iaitu Office Warming UTM CDex. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan merapatkan hubungan dalam kalangan ahli...

read more
KURSUS 1 JAM 1 POSTER

KURSUS 1 JAM 1 POSTER

Jawatankuasa ProgramPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexPada 19 Disember 2023, UTM CDex telah menganjurkan Kursus 1 Jam 1 Poster dibawah Inisiatif staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) bagi tahun 2023. Inisiatif ini merupakan aktiviti yang telah dirancang di...

read more
UTM Open Day