Pada 30 Jun 2025, UTM CDex telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat dan E-mel Rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Kursus ini telah disertai sepenuhnya oleh semua staf UTM CDex dan dikendalikan oleh penceramah berpengalaman, Puan Kuntum binti Md. Ariff, Setiausaha Pejabat Gred N7 dari Fakulti Kejuruteraan Awam, yang juga merupakan Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam.
Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan modul-modul penting seperti berikut:
- Pengenalan kepada Surat Rasmi
- Format Standard Surat Rasmi
- Teknik Penulisan yang Berkesan
- Kesalahan Umum dalam Surat Rasmi
- Latihan Praktikal
- Etika dan Protokol Penulisan Surat Rasmi
Melalui pendedahan yang menyeluruh ini, kursus ini telah berjaya:
- Memberi kefahaman tentang format dan etika penulisan surat rasmi
- Meningkatkan kemahiran menyusun ayat yang jelas, padat dan profesional
- Membantu peserta mengelakkan kesalahan umum dalam penulisan rasmi
- Menyesuaikan gaya penulisan mengikut konteks dan penerima
- Mengasah kemahiran menyunting dan memurnikan dokumen rasmi
Kursus ini bukan sahaja memperkukuh kecekapan komunikasi bertulis dalam kalangan staf, malah turut menyemarakkan budaya kerja yang lebih cermat, profesional dan efisien di UTM CDex.
Related Articles
Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 9 Jan 2023
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 9 Januari 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Abang kepada Prof. Madya Ir Dr....
AUDIT SILANG EKSA OLEH UTM iLeaGue- 14 Disember 2022
Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmasterJawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Audit Silang EKSA antara bahagian. Bahagian yang terlibat adalah Pejabat...
KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterKelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti 10 Pin ‘KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022’ pada 16 Disember 2022 bertempat di Bowling Centre Le-Grandeur Johor Bahru. Staf yang terlibat mula...






