Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM

Artikel oleh Puan Jaslina Ja'apar

Pembantu Tadbir Kanan

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Jawatankuasa Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Lawatan Audit Taskforce Excellence Academic Services UTM pada 21, 24, dan 25 Mac 2024 yang melibatkan seluruh Fakulti di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. Lawatan ini juga turut melibatkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), JTNCAA.

 

    Task Force ini diwujudkan bagi meninjau dan melawat keadaan serta perkhidmatan kaunter yang terdapat di semua fakulti dan PTJ di Jabatan TNC (A&A) UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Ahli kumpulan audit ini dibahagikan kepada 5 kumpulan dan merupakan salah satu inisiatif JTNCAA bagi menambah baik perkhidmatan kaunter yang terdapat di setiap fakulti pada masa hadapan.

    Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital & Fleksibel (UTM CDex) juga terlibat dalam lawatan audit berkenaan. Seramai empat orang auditor yang diketuai oleh Encik Masnawi bin Miskam, Timbalan Pendaftar Kanan telah hadir bagi mendapatkan beberapa maklumat berhubung pelaksanaan perkhidmatan kaunter di UTM CDex.  Sesi audit telah berjalan dengan lancar dan mendapat komitmen dan sokongan daripada seluruh warga UTM CDex.

    Related Articles

    Related
    Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

    Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

    Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

    read more
    KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

    KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

    AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....

    read more