UTM CDex telah menerima lawatan penanda aras daripada pihak Unit Media & Grafik (UMG), UTM Kampus Pagoh. Seramai enam (6) orang staf dari UTM Kampus Pagoh telah terlibat dengan lawatan ini iaitu :
- PM. Dr. Norzita Ngadi – Timbalan Pengarah (Akademik), UTM Kampus Pagoh
- Muhammad Hazim Bin Yusof – Pustakawan/Ketua Unit Media & Grafik
- Mohammad Azhari Bin Abdul Rahman – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/Videographer/Video Editor
- Muhammad Rahmat Naim Bin Ab Rahman – Juruteknik Komputer/Videographer
- Mohd Razi Bin Johan – Pembantu Operasi/Jurugambar
- Zainal Abidin Bin Ahmad – Pembantu Operasi/Pereka Grafik/Jurugambar 2

Tujuan lawatan adalah untuk melihat fungsi unit media UTM CDex untuk diaplikasikan di UTM Kampus Pagoh. Intipati lawatan adalah untuk mempelajari fungsi dan proses kerja Unit CMLT, UTM CDex serta mengenalpasti kelengkapan fasiliti dan peralatan yang terdapat di Studio Rakaman Video UTM CDex bagi mendapatkan idea untuk membangunkan studio UMG di UTM Pagoh.

Diharap lawatan ini akan dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak dan seterusnya dapat menjalin kerjasama dalam projek akan datang.
Related Articles
SESI SERAHAN DUIT RAYA OLEH PENGARAH UTM CDex
Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexBersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Pengarah UTM CDex iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah berbesar hati untuk menyumbangkan duit raya sebagai tanda penghargaan kepada semua staf UTM CDex.Sesi...
Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023
Bendahari KAPELLATimbalan Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexMajlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli...
Holo Raya
Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBuat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat...