Majlis Apresiasi Staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 2022

Artikel oleh Puan Nurul Nazihah Ismail

Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Majlis Apresiasi Staf Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), JTNCAA merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat JTNCAA. Majlis ini telah diadakan pada 11 Ogos yang lalu bertempat di Hotel Ramada Medini, Johor Bahru.

Antara objektif majlis ini adalah:

  • Menghargai sumbangan staf dalam pembangunan dan kecemerlangan JTNCAA
  • Mengiktiraf kecemerlangan staf dalam mendokong matlamat jabatan dan Universiti
  • Menggalakkan cetusan idea serta usaha-usaha kreativiti dan inovasi dalam kalangan staf
  • Meningkatkan motivasi staf untuk sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam segenap aspek pekerjaan
  • Memberi suntikan semangat untuk staf sentiasa memperbaiki dan memajukan diri demi kecemerlangan jabatan dan Universiti

Majlis bertemakan denim ini bermula pada pukul 2 petang dengan kehadiran dan ucaptama yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Sr. Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali selaku Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UTM.

Terdapat 12 anugerah yang telah dipertandingkan iaitu:

Terdapat 12 anugerah yang telah dipertandingkan iaitu:

  • Anugerah Kecemerlangan Staf
  • Anugerah Kehadiran Terbaik
  • Anugerah Khidmat Masyarakat
  • Anugerah Staf Pelaksana Cemerlang
  • Anugerah Pentadbir PPP Terbaik
  • Anugerah Pentadbir Akademik Terbaik
  • Anugerah Staf Paling Popular
  • Anugerah EKSA JTNCAA
  • Anugerah Inovasi
  • Anugerah PTJ Terbaik
  • Anugerah Sukan
  • Anugerah Baju Tema Terbaik

Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerima tempat kedua bagi kategori Anugerah Inovasi. Inovasi ruang pembelajaran hibrid dengan integrasi Internet of Things (IoT) yang dikenali sebagai UTM Flexible Learning Space (UTM FLEXIS) telah dipertandingkan dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nurbiha binti A Shukor.

Majlis berakhir pada pukul 5 petang dengan nyanyian lagi Keunggulan Terbilang oleh semua staf yang hadir dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Related Articles

Related
Ceramah Di Ambang Ramadan 1442H : 8 APRIL 2021

Ceramah Di Ambang Ramadan 1442H : 8 APRIL 2021

JK Pelestarian UTMLead 2021Official PhotographerUrusetia, WebmasterPada 08 April 2021, Biro Kebajikan di bawah Kelab Keluarga UTMLead (Kappella) telah menganjurkan ceramah bagi menyambut kedatangan Ramadan 1442H. Sessi ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah...

read more
Bengkel Penulisan Case Study Program UTMDec : 21 Jun 2021

Bengkel Penulisan Case Study Program UTMDec : 21 Jun 2021

JK Kewangan Program UTMDeC  Urusetia Program Urusetia, WebmasterBengkel Penulisan Case Study ini telah dianjurkan oleh Unit ALPD kepada Jawatankuasa Pelaksana Program UTMDec pada 21 Jun 2021, Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk...

read more
UTM Open Day