Majlis Khatam Al-Quran AI SQUAD 2024

Artikel oleh Raja Muhammad Fariz

Pengerusi KAPELLA

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadhan 1445 H, Kelab Keluarga JTNCAA (AI SQUAD) dengan kerjasama Kelab Keluarga UTM CDex (KAPELLA) telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan bulan Ramadan dimana bulan turunnya Al-Quran ke atas muka bumi ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shafry bin Mohd Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dengan kata-kata aluan. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berkahir pada jam 9.30 pagi dan disertai oleh 73 orang staf dibawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) secara maya melalui platform Webex.

Majlis ini telah di pengerusikan oleh Encik Ardianto bin Arda@Ardah dari UGS dan sesi bacaan 22 surah terkahir Al-quran yang dibacakan oleh wakil-wakil dari setiap PTJ telah dipimpin oleh Encik Shahrel bin Ahmed dari SPS. KAPELLA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah turut serta dalam program ini.

Related Articles

Related
PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN

PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN

UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexAnugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022 merupakan anugerah yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik...

read more
PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA ke-14 – UTM

UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDex24 Mac 2022 (Khamis) – Pengerusi Penyelidikan Bersekutu (Bahan Keterhadapan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ts. Mohd. Hafiz Dzarfan bin Othman dinobatkan Anugerah Ahli Akademik Harapan dalam Majlis Anugerah...

read more
UTM Open Day