Majlis Makan Malam Program UTM Global Connect 2024

Artikel oleh Pn. Nurliza binti Abd Rahman

Sekretariat

Disunting oleh En. Mohd Harith Fadzillah bin Rasid

Pegawai Tadbir (Pereka)

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

2 Oktober 2024 , Majlis Makan Malam Program Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Global Connect 2024 bertempat di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.

Objektif utama majlis makan malam ini adalah untuk meraikan delegasi dari dalam dan luar negara serta para peserta yang menghadiri program UTM Global Connect 2024, merangkumi World Technology Universities Congress (WTUC), INATEX, NALI, Festival Inovasi, dan seminar kepimpinan Leaders Go Global.

Kehadiran delegasi dari lebih 20 negara ini juga membuka peluang kepada pakar serta penyelidik UTM untuk berbincang dan membentuk jaringan berimpak bagi manfaat bersama.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Pendaftar UTM, YBrs. Puan Nor Azizah Ismail, Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor, YBrs. Encik Khairull Azmi Ishak, Pengarah UTM International, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Ariffin Abu Hassan, Pengarah Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat (OSCA), YBrs. Prof. Madya ChM. Dr. Che Rozid Mamat, serta Dekan-Dekan Fakulti.

Majlis makan malam ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nurbiha binti A. Shukor, Pengerusi Program NALI 2024, bersama ahli jawatankuasa NALI lain sebagai tanda sokongan terhadap objektif utama majlis ini, iaitu memperkukuh jaringan dan kerjasama antara universiti, penyelidik, serta pakar dari pelbagai bidang, baik dari dalam negara mahupun luar negara.

Related Articles

Related
Bengkel Penulisan Case Study Program UTMDec : 21 Jun 2021

Bengkel Penulisan Case Study Program UTMDec : 21 Jun 2021

JK Kewangan Program UTMDeC  Urusetia Program Urusetia, WebmasterBengkel Penulisan Case Study ini telah dianjurkan oleh Unit ALPD kepada Jawatankuasa Pelaksana Program UTMDec pada 21 Jun 2021, Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk...

read more