PEMENANG AKRI 2022- UTM – JOHAN

Artikel oleh Puan Nuril Aini Ahmad Tohid
Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022 merupakan anugerah yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan tinggi Malaysia.

Majlis AKRI 2022 telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Sebanyak 4 kategori yang dipertandingkan bagi AKRI 2022 iaitu Kurikulum Program Pengajian Inovatif, Pengajaran Transformatif, Pentaksiran Alternatif dan Pengalaman Pembelajaran Imersif.

Prof. Madya Dr. Noor Dayana Abd. Halim dari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) bersama pasukan beliau telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif menerusi inisiatif Program Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) secara Terbuka dan Jarak Jauh (ODL). Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 10,000.00, sebuah piala dan sijil penghargaan.

Kemenangan ini turut membuktikan kurikulum program pengajian serta kualiti pengajaran dan pembelajaran di UTM adalah antara yang terbaik dan diiktiraf diperingkat kebangsaan.

Related Articles
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...
Projek Charity Bubur Lambuk – Sukarelawan Agihan Makanan Iftar
AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexBersempena bulan Ramadan 1445H, Pusat Islam UTM melalui inisiatif UTM Prihatin menganjurkan Projek Charity Bubur Lambuk sebagai usaha mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan amalan sedekah...
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN
AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....