Tahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah memperoleh markah tertinggi dan dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Laci Terbaik Tahun 2024.
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Pertandingan Laci Terbaik 2024 pada bulan November 2024. Pertandingan ini bertujuan untuk menyokong dan memupuk amalan EKSA, di samping meningkatkan penambahbaikan proses kerja hakiki staf, terutamanya dalam aspek penyusunan peralatan kerja yang lebih sistematik. Penyusunan ini diharapkan dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas atau memberikan perkhidmatan.
Inisiatif ini juga bertindak sebagai satu bentuk penilaian baharu, di samping audit ruang kerja staf yang dijalankan setiap dua bulan sekali. Penilaian bagi pertandingan ini telah dilakukan oleh empat orang juri yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa EKSA. Para juri sentiasa memberikan idea, pandangan, dan cadangan penambahbaikan untuk terus memperkasakan amalan EKSA di setiap sudut atau ruang di Zon Oren UTM CDex.
Kriteria Penilaian dan Pemarkahan:
1.Laci yang kreatif, inovatif, dan berfungsi dengan baik.
2.Laci yang menyokong kerja hakiki staf, contohnya:
- Penyusunan peralatan kerja secara sistematik.
- Penyusunan yang mampu mengurangkan masa melaksanakan tugas atau perkhidmatan.
- Pelabelan alat tulis pada laci simpanan alat tulis.
- Semua peralatan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Semua peralatan bebas daripada habuk, bersih, dan kemas.
Related Articles
Program UTM CDex Grand Magnificent Award 2023
SetiausahaWebmaster UTM CDexProgram UTM CDex Grand Magnificent Award yang bertemakan warna hitam dan kuning telah diadakan pada 5 Mac 2023 di Pulai Springs Resort. Program ini bertujuan menghargai dan meraikan semua staf UTM CDex atas kecemerlangan prestasi bagi...
Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 20 Feb 2023
UrusetiaWebmaster & JK Promosi UTM CDexKelab KAPELLA telah menganjurkan Program Bacaan Yassin dan Doa Selamat pada 20 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini diadakan khusus untuk isteri Encik Halizan bin Hashim yang akan menjalani...
LAWATAN DARI UNIT MEDIA & GRAFIK (UMG) UTM KAMPUS PAGOH
Pereka InstruksiWebmaster & JK Promosi UTM CDexUTM CDex telah menerima lawatan penanda aras daripada pihak Unit Media & Grafik (UMG), UTM Kampus Pagoh. Seramai enam (6) orang staf dari UTM Kampus Pagoh telah terlibat dengan lawatan ini iaitu : PM. Dr. Norzita...





