
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Oren, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah mengadakan Pertandingan Laci Terbaik 2023. Pertandingan ini akan diadakan sebanyak dua kali sepanjang tahun 2023 iaitu pada bulan Mei dan Disember. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi menyokong dan memupuk amalan EKSA serta penambahbaikan proses kerja hakiki staf sebagai contoh dari segi penyusunan susun atur yang sistematik peralatan kerja yang boleh mengurangkan masa melakukan tugas atau perkhidmatan. Inisiatif ini adalah sebagai penilaian baharu disamping audit ruang kerja staf yang diadakan pada setiap bulan. Penilaian bagi pertandingan ini telah dinilai oleh empat orang Juri dikalangan Ahli Jawatankuasa EKSA yang sentiasa memberi idea, pandangan serta penambahbaikan yang boleh meningkatkan lagi amalan EKSA di setiap sudut/ruang yang ada di Zon Oren UTM CDex.
Kriteria penilaian dan pemarkahan yang diambil kira:
- Menyusun alat tulis dengan kemas dan teratur di dalam laci.
- Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
- Memastikan semua peralatan bebas daripada debu, bersih dan kemas.
- Melabelkan ALAT TULIS pada laci simpanan alat tulis
- Mempunyai idea atau inisiatif yang kreatif dalam penyusunan alat tulis.
Tahniah diucapkan kepada Puan Nurliza binti Abd. Rahman yang telah mendapat markah tertinggi dan berjaya menjadi Juara Pertandingan Laci Terbaik bagi Bulan Mei 2023.
Related Articles
Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54
Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada 7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...
Projek Charity Bubur Lambuk – Sukarelawan Agihan Makanan Iftar
AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexBersempena bulan Ramadan 1445H, Pusat Islam UTM melalui inisiatif UTM Prihatin menganjurkan Projek Charity Bubur Lambuk sebagai usaha mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan amalan sedekah...
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN
AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....