PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PUSAT PEMAJUAN PEMBELAJARAN DIGITAL DAN FLEKSIBEL (UTM CDex)
Artikel oleh Puan Mariyana Zainal
Urusetia Program
dan Puan Noraini binti Khalid
Urusetia Program
Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz
Webmaster & JK Promosi UTM CDex
Gambar oleh Isyq Irfan
Pada 14 Julai 2022 (Khamis) UTM CDex dibawah inisiatif KAI PPP telah mengadakan satu Program Saringan Kesihatan kepada semua Staf UTM Cdex dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti. Program ini telah diadakan pada jam 8:30 pagi – 01:00 Tengahari bertempat di Lobby / Ruang Legar, Blok F54, Bangunan Pusat Siswazah, UTM Johor Bahru.
Antara Jenis Rawatan yang disediakan:
- Blood Pressure (BP)
- Body Mass Index (BMI)
- Fat Analyzer
- Glucose
Tujuan utama program saringan kesihatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti tahap kesihatan staf. Saringan kesihatan ini wajar dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengesan risiko penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya.
Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan staf Blok F54 iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan, Bahagian Rekrutmen & Kemasukan Mahasiswa, Sekolah Pengajian Siswazah, MyLine dan Bahagian Pengurusan Akademik. Seramai 62 orang staf telah turut serta dalam program ini.
Diharapkan program sebegini dapat memberi impak yang positif dan bermakna kepada staf.
LAPORAN SARINGAN KESIHATAN STAF OLEH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Selain itu, didapati 53% staf UTM CDex mempunyai tekanan darah tinggi, 21% berada di pinggir selamat dan 26% berada dilingkungan biasa. Dengan kiraan formula (factor BMI, lemak, tekanan darah), didapati usia sebenar staf UTM CDex adalah lebih tua dari umur sepatutnya.
Related Articles
BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterPada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti...
Program Bacaan Yassin dan Tahlil
UTM CDexWebmasterPada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail...
Majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead 2014-2021
Jawatankuasa Kelab Keluarga Pengajaran & Pembelajaran (KAPELLA) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) Jurugambar Rasmi Webmaster 19 Mac 2022 (Sabtu), Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) UTM CDex telah menganjurkan satu majlis...