Program Bacaan Yassin & Doa Selamat – 9 Jan 2023

Artikel oleh Puan Jaslina Ja'apar

Urusetia

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster & JK Promosi UTM CDex

Pada 9 Januari 2023, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Abang kepada Prof. Madya Ir Dr. Hayati binti Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Januari 2023. Pihak UTM CDex mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Selain mengadakan bacaan yasin dan tahlil, telah diadakan juga Bacaan Doa Selamat untuk Encik Raja Muhammad Fariz bin Raja Rohaizat Shah yang akan mengerjakan umrah bermula pada 15 Januari 2023. Pihak UTM CDex mendoakan semoga beliau dipermudahakan urusan dan diberikan kesihatan yang terbaik ketika mengerjakan ibadah umrah.

Program ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Reduan bin Md Ariff. UTM CDex merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah turut serta dalam program ini.

Related Articles

Related
AUDIT SILANG EKSA OLEH UTM iLeaGue- 14 Disember 2022

AUDIT SILANG EKSA OLEH UTM iLeaGue- 14 Disember 2022

Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmasterJawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Audit Silang EKSA antara bahagian.  Bahagian yang terlibat adalah Pejabat...

read more
KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022

KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022

Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterKelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti 10 Pin ‘KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022’ pada 16 Disember 2022 bertempat di Bowling Centre Le-Grandeur Johor Bahru.  Staf yang terlibat mula...

read more
UTM Open Day