Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Nurliza Abd Rahman

Ahli Jawatankuasa Program

Noraini binti Khalid

Ahli Jawatankuasa Program

Zul Azri bin A. Rahman

Ahli Jawatankuasa Program

Disunting oleh Nuril Aini Ahmad Tohid

Penolong Pendaftar Kanan

Diterbitkan oleh Raja Muhammad Fariz

Webmaster UTM CDex

Program Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Dewan UTM CDex, Bangunan Pusat Siswazah (F54), UTM JB.

Minyak masak adalah bahan umum digunakan dalam memasak dan digunakan dalam urusan harian seisi keluarga.Kebanyakan lebihan minyak masak yang terpakai dibuang terus sahaja ke dalam sinki. Pembuangan minyak masak ke dalam sinki secara berleluasa boleh memberikan kesan negatif seperti pencemaran sistem perparitan dan saluran pembuangan. Ini akan menyebabkan saluran perparitan tersumbat dan menggalakkan pembiakan haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lain-lain. Ini secara tidak langsung menjadi tempat pembiakan haiwan perosak dan juga menganggu ekosistem yang akan menjejaskan kesihatan penduduk

Sehubungan itu, Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan program ini sebagai salah satu inisiatif untuk mempromosikan cara hidup lestari ke arah mewujudkan masyarakat di bandar raya ini yang prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar dan dapat mengawal pencemaran akibat pembuangan sisa minyak masak terpakai secara tidak terurus sebelum ini.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari staf UTM CDex dan sebanyak 31.85kg minyak masak terpakai dapat dikumpulkan. Hadiah cabutan bertuah turut diberikan kepada staf yang menyumbang bagi menghargai sumbangan mereka.

Harapan kami adalah supaya kita sama-sama dapat memelihara alam sekitar walaupun dengan hanya mengambil langkah kecil seperti mengitar semula minyak masak terpakai dan meningkatkan lagi kesedaran masyarakat supaya mengamalkan projek kitar semula minyak masak terpakai.

Ahli Kumpulan:

Puan Nurliza binti Abd Rahman (Ketua)

Puan Noraini binti Khalid

Encik Zul Azri bin A. Rahman

Encik Mohd Arshad bin Musa

Related Articles

Related
AUDIT SILANG EKSA OLEH UTM iLeaGue- 14 Disember 2022

AUDIT SILANG EKSA OLEH UTM iLeaGue- 14 Disember 2022

Ketua Zon OrenPengerusi EKSA Zon OrenWebmasterJawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Audit Silang EKSA antara bahagian.  Bahagian yang terlibat adalah Pejabat...

read more
KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022

KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022

Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterKelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah menganjurkan satu aktiviti 10 Pin ‘KAPELLA BOWL-DAY-OUT 2022’ pada 16 Disember 2022 bertempat di Bowling Centre Le-Grandeur Johor Bahru.  Staf yang terlibat mula...

read more