Pada 14 Jun 2017 yang lalu, UTMLead sebagai salah satu jabatan di Bangunan Pusat Siswazah Blok F54 telah bersama-sama dengan RMC, SPS, SRAD, AMD dan  MyLine telah bergotong-royong dalam Program Memasak Bubur Lambuk Bersempena Bulan Ramadhan 1438H. Program pada tahun ini telah diketuai oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

Aktiviti dimulakan pada 13 Jun 2017 (Selasa) Jam 2.30 petang dengan gotong-royong persiapan untuk memasak bubur lambuk (Rewang) bertempat di Kawasan Lapang AMD. Komitmen dari semua jabatan di Blok F54 amatlah menggalakan dalam menjayakan program yang dirancang.

 
 

Aktiviti memasak bubur lambuk bermula pada jam 8.00 pagi dan selesai diagihkan kepada wakil PTJ pada jam 2.30 petang. Semoga program yang dirancang ini dapat  mengeratkan ukuwah dan silaturahim yang berterusan antara staf di Blok F54 dan dapat diadakan pada tahun-tahun berikutnya.