Pada 5 Oktober 2023, Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex telah menganjurkan aktiviti pelestarian kitar semula kertas. Oleh kerana program ini merupakan program percubaan, hanya Ahli Jawatankuasa Pelestarian UTM CDex yang dilibatkan. Tujuan penganjuran aktiviti ini adalah membudayakan amalam kitar semula secara do-it-yourself (DIY).

Bagi menjayakan program ini, setiap ahli jawatankuasa telah diberikan tugasan masing-masing dan menyediakan peralatan yang diperlukan. Program yang berlangsung daripada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari ini telah menghasilkan lebih daripada 20 helai kertas kitar semula. Peralatan yang digunakan bagi membuat kertas kitar semula ini juga adalah daripada bahan-bahan terbuang yang boleh dikitar semula seperti kayu yang dijadikan bingkai tapisan kertas, kain dan lain-lain. Program Pelestarian Kitar Semula Kertas UTM CDex ini juga telah menerima maklum balas positif daripada juruaudit Minggu Lestari JTNCAA 2023.


Penggunaan kertas yang dikitar semula sebenarnya memberikan impak besar dan memainkan peranan penting dalam penjimatan penggunaan sumber alam. Malah inisiatif penggunaan kertas yang dihasilkan semula dari kertas terpakai adalah satu daripada usaha memelihara hutan serta pengurangan pencemaran berpunca dari sisa buangan dan bahan kimia yang digunakan dalam proses menghasilkan kertas biasa.

Related Articles
Taklimat Mata CPD Baharu UTM Untuk Staf UTM CDex
UrusetiaPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD) telah melaksanakan kaedah Pelaksanaan Latihan Berasaskan Kompetensi bagi permohonan kursus/latihan kepada staf Akademik dan...
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN UTM CDex 2023
Ketua Program / Setiausaha PejabatPenolong PendaftarWebmaster UTM CDexUTM CDex dibawah inisiatif High Impact Result (HIR) staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) telah mengadakan Program Saringan Kesihatan untuk semua Staf UTM CDex dengan kerjasama Pusat...
MAJLIS TAUTAN UKHUWAH UTM CDex 2023
UrusetiaPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexPada 28 Mei 2023 (Ahad), sempena sambutan Majlis Hari Raya 2023, Kelab KAPELLA Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menganjurkan Majlis Tautan Ukhuwah di ruang pejabat utama UTM CDex....