Program Pemeriksaan Mengejut Bil 1/2024

Artikel oleh Puan Nurliza Abd Rahman

Pembantu Tadbir, UTM CDex

Disunting oleh Pn. Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar, UTM CDex

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

Program Pemeriksaan Mengejut (PPM) Bil 1/2024 dari Jabatan Bendahari telah berjaya diadakan pada 12 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat UTM CDex. Program ini merupakan salah satu langkah penting dalam memastikan kepatuhan dan integriti dalam pengurusan kewangan di UTM.

Semasa PPM ini, dua juruaudit dari Jabatan Bendahari telah ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap proses kerja yang dilaksanakan bagi tahun 2024. Kehadiran mereka telah memberikan keyakinan kepada semua pihak mengenai ketelusan dan kepatuhan terhadap prosedur yang telah diamalkan.

Pemeriksaan yang telah dijalankan merangkumi skop berikut:

  1. Panjar Wang Runcit,
  2. Penerimaan (Resit & Pindahan)
  3. Perolehan

Dengan berakhirnya PPM Bil 1/2024, kami berharap standard pengurusan kewangan terus dipertingkatkan. Semoga PPM ini dapat memberi manfaat yang positif dan menjadi landasan untuk pengurusan kewangan yang lebih baik di masa akan datang.

.  

Related Articles

Related
Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Majlis Iftar Ramadan KAPELLA UTM CDex 2023

Bendahari KAPELLATimbalan Bendahari KAPELLAWebmaster UTM CDexMajlis Iftar Ramadhan UTM CDex anjuran Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA)  telah diadakan pada 18 April 2023 (Selasa) di DCM Hall Taman Universiti, Skudai, Johor. Staf bersama ahli...

read more
Holo Raya

Holo Raya

Penerbit RancanganPenolong Pendaftar KananWebmaster UTM CDexBuat julung kalinya Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) telah menerbitkan sebuah video khas sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2023. Mengisahkan sebuah keluarga yang sedang membuat...

read more