Program The Biggest Loser: Oh My KG!

Artikel oleh Pn. Nurliza binti Abd Rahman

Pembantu Tadbir KUP

Disunting oleh Puan Nurul Nazihah Ismail

Penolong Pendaftar

Diterbitkan oleh Zul Azri A Rahman

Webmaster UTM CDex

UTM CDex dengan jayanya telah melaksanakan program The Biggest Loser: Oh My KG! yang bertujuan memupuk gaya hidup aktif dan meningkatkan kesedaran staf tentang pentingnya menjaga kesihatan. Di samping itu, program ini juga membantu peserta mencapai penurunan berat badan ideal dalam tempoh yang telah ditetapkan. Program ini melibatkan 27 orang staf dari Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dan berlangsung selama tiga bulan, bermula 1 Julai hingga 30 September 2024.

Program ini disusun dengan tiga sesi timbang berat badan untuk memantau tahap kesihatan peserta:

  • 1 – 4 Julai 2024: Timbang berat pertama.
  • 12 – 15 Ogos 2024: Timbang berat kedua.
  • 22 – 23 September 2024: Timbang berat terakhir.

Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah program telah diadakan pada 29 September 2024 yang disempurnakan oleh Pengarah UTM CDex, Prof. Madya Ir. Dr. Hayati binti Abdullah.

    Kategori lelaki dan perempuan masing-masing menerima hadiah wang tunai berikut:

    • Tempat Pertama (RM80):  En. Mohamad Nizam bin Ahmad, Pn. Nurliza binti Abd Rahman
    • Tempat Kedua (RM50): En. Mohd Arshad bin Musa, Pn. Jaslina binti Ja’apar
    • Tempat Ketiga (RM20): En. Halizan bin hashim, Cik Hazwani binti Mohd Zahar

    Program The Biggest Loser: Oh My KG! membuktikan komitmen UTM CDex dalam menyokong gaya hidup sihat dan produktiviti kerja. Diharapkan inisiatif ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat kesihatan staf secara berterusan. Tahniah kepada semua peserta dan pemenang!

      Related Articles

      Related
      Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

      Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54

      Pembantu Tadbir UTM CDexPenolong PendaftarWebmaster & JK Promosi UTM CDexPada  7 Mei 2024 telah diadakan Audit Silang OSHE Bangunan Blok F54. Sesi audit ini telah melibatkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bangunan Blok F54 iaitu UTM CDex, RMC, SRAdS, SPS,...

      read more
      KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

      KURSUS PEMBINAAN PASUKAN

      AHLI A.I.SQUADPegawai Tadbir (Pereka)Webmaster & JK Promosi UTM CDexKursus Pembinaan Pasukan anjuran Seksyen Latihan, Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD), Jabatan Pendaftar telah berlangsung dengan jayayanya pada 26 Februari 2024 di Hutan Rekreasi UTM....

      read more