Bersempena bulan Ramadan 1445H, Pusat Islam UTM melalui inisiatif UTM Prihatin menganjurkan Projek Charity Bubur Lambuk sebagai usaha mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan amalan sedekah di kalangan warga kampus. Program ini dilaksanakan di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.
Projek kali ini mendapat tajaan daripada Majlis Profesor dengan kerjasama UTM Campus Sustainability (UTMCS) sebagai sokongan terhadap matlamat untuk membudayakan kampus lestari.
Bubur lambuk telah diagihkan di Wakaf Masjid Sultan Ismail, UTM pada 26 dan 28 Mac 2024 serta 2 April 2024, bermula dari jam 2.15 petang hingga selesai.

Bagi meastikan kelancaran aktiviti mencedok dan mengagihkan bubur lambuk kepada warga kampus, Pusat Islam UTM telah melantik sukarelawan yang turut membantu dalam proses pengagihan kepada pelajar, staf dan warga kampus. Turut terlibat adalah salah seorang wakil staf daripada Pusat Pemajuan Pembelajaran Digital dan Fleksibel (UTM CDex) serta staf dari jabatan lain.
Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta terus menyemarakkan budaya prihatin di kalangan komuniti kampus UTM.

Related Articles
BUBUR LAMBUK KAPPELLA 2022
Pengerusi KAPELLA 2022/2023WebmasterPada 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadan 1433H, Kelab Keluarga Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) telah membuat sumbangan sebanyak RM700.00 kepada pihak Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM untuk edaran bubur lambuk UTM 2022. Aktiviti...
Program Bacaan Yassin dan Tahlil
UTM CDexWebmasterPada 12 April 2022, Pusat Pemajuan Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) dengan kerjasama Kelab KAPELLA telah mengadakan Progam Bacaan Yassin dan Tahlil yang diadakan khusus buat Ayahanda kedua-dua staf UTM CDex Puan Nurul Nazihah binti Ismail...
Majlis Hi-Tea Perpisahan UTMLead 2014-2021
Jawatankuasa Kelab Keluarga Pengajaran & Pembelajaran (KAPELLA) Pusat Pemajuan dalam Pendidikan Digital dan Fleksibel (UTM CDex) Jurugambar Rasmi Webmaster 19 Mac 2022 (Sabtu), Kelab Pengajaran dan Pembelajaran (KAPELLA) UTM CDex telah menganjurkan satu majlis...